20 September, 2014

Sembahyang selalunya ditakrifkan sebagai perkataan2 dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ada 12 perkara yang terkandung dalam takrif itu yang dipanggil rukun2 sembahyang, dan satu lagi iaitu tertib ketika melaksanakannya menjadikan kesemuanya ada 13 perkaran rukun bagi sembahyang fardu (Bagi sembahyang sunat 12, iaitu berdiri bukan rukun). Namun dalam praktisnya dimasukkan perkara2 sunat di dalammya seperti bacaan-bacaan ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud. Ketika berdiri, doa iftitah juga sunat.
Setelah selesai disempurnakan kesemuanya maka tertunailah ibadah sembahyang. Namun apakah itu yang dimaksudkan dengan sembahyang, apakah setakat itu tujuan Allah swt mewajibkannya kerana ibadah ini sering disebut sebagai tiang agama, dan agama pula adalah ditakrifkan sebagai cara hidup atau way of life. Justeru bagaimana hendak merealisasikan maksud tiang agama itu tadi.
Dengan kata lain bagaimana caranya untuk menjadikan ibadah sembahyang itu cara hidup. Pentingkah ini.
Hadis di bawah ini menggambarkan kepentingannya. 
Abu Hurairah menyebut, katanya Rasulullah saw bersabda,
Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama Assalam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan’. (Mustika Hadis Jilid I, 42) 
Yang bermaksud bahawa sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain itu belum cukup untuk menolong pengamalnya mendapat syafaat, kecuali keIslamannya. engkau sahaja belum cukup.
Hadis ini menggambarkan bahawa amalan sembahyang (dan ibadah-ibadah khusus yang lain) semata-mata tidak dapat menolong pengamalnya bagi mendapat syafaat syurga, kecuali Islamnya yang terbina oleh ibadah-ibadah itu. Dengan kata lain Allah swt akan menyatakan Sembahyang mengikut takrif sahaja belum cukup. Bagi mencukupkannya, ibadah sembahyang itu harus dijadikan cara hidup (keIslamannya).
Rasulullah saw meriwayatkan dalam bentuk dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt,

Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swt: Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha.

Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi secara yang sangat ketara. Justeru Islam menghendaki setiap ibadah yang kerohanian haruslah yang melahirkan duniawinya, dalam bentuk cara hidup.


No comments:

Post a Comment