01 October, 2020

Konsep Sembahyang

Ramai orang yang bertanggapan bahawa sembahyang yang diperintahkan kita menunaikan itu sekadar mengikut takrif, iaitu menyempurnakan bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ada 13 rukun yang mesti ditunaikan. 
Jika ditunaikan mengikut takrif sahaja, ertinya:
> selepas itu tiada apa-apa lagi yang perlu difikirkan lagi.
> tiada pengajaran-pengajaran yang dilahirkan dari sembahyang itu.
> lalu, cara hidup kita tidak berpandukan kepada pengajaran-pengajarannya.
Hakikatnya, sembahyang adalah ibadah dalam Rukun Islam.
> Rukun ertinya asas dan tonggak
> Islam adalah cara hidup
> ertinya, sembahyang kita harus dijadikan sebagai asas dan tonggak cara hidup.
Ertinya, sembahyang yang mengikut takrif sahaja adalah tidak tepat.
Islam dikatakan sebagai cara hidup itu merujuk kepada ayat 138 al-Baqarah.
Ayat ini juga bermaksud:
> Islam adalah agama cara hidup, bukan agama untuk beribadah,
> Jadi, Allah mencipta kita dan meletakkan di bumi ini tujuannya supaya menjalani kehidupan,
> bukan disuruh beribadah.
> ibadah atau beribadah itu berasal dari perkataan 'abd (ain-ba-dal) yang ertinya tunduk patuh.
> Jadi tujuan beribadah itu sama ada ibadah khusus atau umum itu tujuan bagi membentuk sikap tunduk patuh,
> tunduk patuh yang utama ialah menjalani kehidupan itu.
> inilah sebabnya sembahyang yang tidak ada tujuan, akan ditolak
> sembahyang yang tujuan untuk diri sendiri seperti mencari pahala akan ditolak
> yang diterrima ialah yang mendidik kita dengan sikap tunduk patuh itu,
Jadi, hakikatnya inilah sembahyang yang diredai Allah.
> sembahyang bukan untuk tujuan mencari pahala. 
Justeru, semaklah semula tanggapan kita terhadap ibadah sembahyang yang kita tunaikan itu.
Wallayu aalam.
#sembahyang
#hakikatsembahyang
#rukunislam
#13rukunsembahyang