L/Belakang

Kita biasa mendengar kenyataan-kenyataan yang menyebut sembahyang mencegah perbuatan keji dan mungkar, sembahyang membawa ke syurga, seorang yang menjaga waktu sembahyangnya akan masuk syurga, sembahyang menghapus dosa yang dilakukan antara dua waktu kecuali dosa-dosa besar, dan sebagainya.

Pada masa yang sama kita biasa mendengar pula tentang sembahyang yang ditolak. Misalnya, sebuah hadis menyebut sembahyangnya tidak melepasi telinganya, antara lain lagi disebut seorang lelaki yang sembahyang sendirian tidak membaca apa-apa. Apakah yang dimaksudkan oleh hadis ini. Tidak melepasi telinganya bermaksud tidak diangkat ke langit oleh malaikat, suatu analogi yang membayangkan sembahyangnya ditolak. Mengapa?

Hampir semua orang menunaikan sembahyang mengikut takrif seperti yang diajarkan oleh ilmu fiqh

Mengikut takrif, sembahyang ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam. Di dalamnya ada 13 perkara yang mesti disempurnakan bagi mendapat sembahyang yang sah. Perkara-perkara itu ialah rukun sembahyang. Inilah takrif sembahyang.

Namun setelah ditunaikan mengikut takrif itu tadi ada yang ditolak. Ada hadis yang menyebut, ditolaknya kerana dikatakan tidak membaca apa-apa. Apakah ada orang yang sembahyang tidak membaca apa-apaTidak membaca apa-apa itu bermaksud tidak mengetahui makna bacaan-bacaan dalam sembahyangnya. Alasan ini menggambarkan kriteria sembahyang yang diterima adalah mengetahui makna bacaan-bacaan di dalamnya.

Kelihatannya konsep ibadah sembahyang kita bukanlah yang mengikut takrif semata-mata. Ada kriteria-kriteria tertentu yang harus diikuti. Mengetahui makna bacaan-bacaan itu tadi adalah satu daripadanya. Apakah ada kriteria-kriteria yang lain lagi?

Ada sebuah hadis yang meriwayatkan dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt.

Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swtSolat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkarZikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenangPuasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swtSedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).

 Riwayat ini menggambarkan sesuatu ibadah yang kita lakukan untuk faedah diri sendiri adalah ditolak, Allah swt belum redha. Tidak terkecuali ialah ibadah sembahyang. Jadi kelihatannya ini adalah satu lagi kriteria bagi amalan sembahyang yang diterima Allah swt. Mengikut riwayat di atas ini ialah yang tujuannya. Bagaimanapun tujuannya biarlah yang memberi faedah buat orang lain.

No comments:

Post a Comment