Ideologi Islam


Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi secara yang sangat ketara

Gagasan hidup Islam

 Ciri utama gagasan Hidup Islam ialah bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi secara yang sangat ketara,

tidak juga membenarkan konflik,  mahupun membuat batasan pemisah antara menulenkan rohani dan kehidupan moral manusia.

Islam mahu membentuk kehidupan individu dan kelompoknya yang susunan sosialnya dalam corak yang sihat sejahtera. Jadi cita-cita Islam ialah membina iklim kehidupan yang polanya ialah keamanan, kepuasan dan kesejahteraan. Sasarannya bukan sahaja manusia tetapi mencakupi juga persekitaran kehidupan manusia itu sendiri.

Alasannya ialah bahawa kesejahteraan manusia bergantung kepada persekitarannya. Allah yang mengaturkan demikian. Allah mengaturkan supaya kehidupan di dunia ini berada dalam situasi saling bergantung antara satu sama lain. Justeru keamaman, kepuasan, dan kesejahteraan itu tadi harus dibina untuk kedua-duanya iaitu manusia dan sekalian makhluk keseluruhannya selain manusia. Sejak kelahiran Adam lagi Allah telah mengaturkannya sedemikian.

Jadi, jika Islam hendak mencipta iklim kehidupan yang sejahtera buat manusia, kesejahteraan buat sekalian makhluk itu tadi harus diujudkan sekali gus.

Jika tidak sistem yang Allah tetapkan itu tadi akan cacat, rosak dan sistem itu dengan sendirinya akan tempang, akibatnya, dengan sendirinya iklim kesejahteraan untuk manusia juga tidak sempurna. Apalah ertinya kehidupan jika tidak ada air atau ada air yang tercemar, udara yang kurang sihat, sumber-sumber kehidupan dan kekayaan yang tidak mencukupi. Dapatkah iklim kehidupan yang sejahtera dibina atas sumber-sumber yang dalam keadaan tidak seimbang dan stabil.

Jadi, dalam sistem kehidupan manusia amat memerlukan sistem moral, sistem sosial, dan pelbagai lagi yang keadaannya sihat sejahtera, aman dan penuh kepuasan. Inilah teras kepada pembentukan satu sistem kehidupan mengikut Islam. Justeru setiap kali hendak bercakap tentang sistem moral, sosial, politik, budaya dan ekonomi Islam, adalah sangat perlu mempunyai idea yang jelas tentang konsep kehidupan Islam ini. Untuk ini, mengikut Islam terdapat kefahaman asas tertentu yang perlu difahami dan dihargai dari peringkat awal lagi.

Bersosial

membawa implikasi

membina saling hubungan

antara seorang dengan yang lain,

atau bersama komuniti dan masyarakatnya.

Jadi realitinya

seseorang manusia tidak boleh hidup menyendiri.

Dengan logik akal sekalipun seseorang manusia memang sentiasa memerlukan seseorang yang lain dalam segala hal dan urusan hidupnya. Seseorang manusia tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas hidupnya. Bermula dari aspek makan-minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, dan sebagainya disediakan oleh orang lain. Untuk menggunting rambut sekalipun memerlukan orang melakukannya.

Justeru setiap orang harus mempunyai sikap menjaga keharmonian iklim sosialnya: menjaga hubungan baik dengan rakan, jiran tetangga, komuniti, malah aspek penjagaan alam sekitar.

Sedar atau tidak hakikatnya saling hubungan ini menjadi aspek yang sangat penting bagi menjaga keharmonian antara seorang dengan yang lain, dan dengan alam sekitar. Aspek alam sekitar tidak boleh diketepikan lantaran keharmonian hidup adalah bergantung juga kepada kesejahteraannya.

No comments:

Post a Comment